Selasa, Ogos 02, 2011

Program 40 Hari

Pelancaran Program 40 Hari Menjelang UPSR telah diadakan pada hari ini; 3 Ogos 2011. Bertempat di Kantin SKFK1 pada jam 12.00 tengahari. Semua ibubapa tahun enam dijemput hadir.Bagi menyempurnakan perasmian program ini, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah Dungun; Encik Ibrahim bin Lah. Beliau telah merasmikan program dan menandatangani akujanji UPSR diikuti oleh guru-guru, ibubapa dan murid-murid tahun enam.
Semoga dengan adanya Program 40 Hari ni kecaknaan ibubapa dan guru-guru lebih meningkat dan sekolah dapat menghasilkan lebih ramai murid terbilang di kalangan yang cemerlang. Bahkan murid-murid juga perlu sedar betapa pentingnya kecemerlangan pendidikan bagi masa depan mereka.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan telah bersama-sama menjayakan majlis pelancaran
Program 40 Hari Menjelang UPSR ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Kami Di Sini...