Jumaat, Mei 27, 2011






26 MEI ->>>>>>>>> 11 JUN 2011

12 JUN 2011
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....(",)




Ahad, Mei 22, 2011

Buat Yang Terbaik...


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

22 - 26 MEI 2011


~~~Mulakan dengan Bismillah....disudahi dengan Alhamdulillah....~~~

" Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik "



Sabtu, Mei 21, 2011

PENERAJU TRANSFORMASI

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKFK1

Terima Kasih Cikgu........

TEMA 2011 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

19 MEI 2011


Jumaat, Mei 20, 2011

BOMBA Datang..


Berasap...Kenapa ni???




oOOOWW...Abang BOMBA...



Ni kerja dia yer......




Api!!....Kan dah terbakar...demonstrasi memadamkan api aja.....;)


Simbahkan air???...Apa yang akan terjadi???


Berkepul...........




Ni lah PEMADAM nyer...hihi...




Tengok tu....macam tu la....(",)



GB pun kena cuba......




Ada gaya.....





Ni apa cerita ni???


Apa-apa pun berjaya...(",)


Kami pun berjaya....


Apa namanya ni??


Haaaa...ni lah pemandunya tau...hihi


Ramai juga yang berminat....



Inilah antara alatan yang terdapat di dalamnya...kata Abang BOMBA...



Itulah antara tugas BOMBA DAN PENYELAMAT...


~~Sesiapa yang berminat ingin menjadi pegawai bomba dan penyelamat, belajar rajin-rajin...Agar menjadi pegawai bomba dan penyelamat yang berjaya dan berkaliber...~~


KEPADA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT BALAI PAKA :



TERIMA KASIH DAUN KELADI,


LAIN KALI DATANG LAGI....(",)



Terima kasih jua kepada semua yang bersama-sama menjayakan
PROGRAM BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT pada kali ini...


Rabu, Mei 18, 2011

SELAMAT HARI GURU KE - 40


" GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA "


Guru oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


Selamat Hari Guru kepada warga pendidik SKFK1 dan pendidik 1Malaysia.....(",)

Wakil Kami....

Di mana dia???...

Antara wakil sekolah yang menyertai program bersama JKKK Kampung Santong sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu...

Pn. Kamsaini binti Ismail
Pn. Faridah binti Ibrahim
En. Hamka bin Abu Bakar
En. Azmi bin Abd Razak
En. Abdullah bin Mohammad
YM. Tg. Zulkifli bin YM Tg. Awang
Pn. Daimul Jannah binti Omar
Pn. Salwani binti Abdullah

TERIMA KASIH DIUCAPKAN....SELAMAT HARI GURU


Pengikut

Kami Di Sini...