Rabu, Disember 29, 2010

PENDAFTARAN MURID

PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH & TAHUN 1 ->TAHUN 6
MASA : 8.30-11.30 Pagi
TEMPAT : Kantin SKFK1

MESYUARAT

Tarikh Mesyuarat
Mesyuarat Guru Kali-1/2011
- - - >28 Disember 2010
- - - >8.30 pg
- - - >Makmal Komputer
Mesyuarat JKS Kali-1/2011
- - - >29 Disember 2010
- - - >9.00 pg
- - - >Makmal Komputer
Mesyuarat HEM & KO
- - - >30 Disember 2010
- - - >Selepas Pendaftaran Murid

Isnin, Disember 06, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432M

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.


10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



LAKUKANLAH 'PENGHIJRAHAN' UNTUK KEBAHAGIAAN DI DUNIA & AKHIRAT..

Jumaat, Disember 03, 2010

TAHNIAH ! !

Buat SKFK1 kerana telah dipilih untuk mewakili negeri Terengganu ke peringkat akhir Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi Sekolah FELDA yang julung kali diadakan pada akhir tahun ini di MRSM FELDA Trolak, Perak bermula dari 3-6 November 2010...

Semoga berjaya kepada semua murid dan guru yang terlibat...Buat yang terbaik untuk negeri kita....mudah-mudahan kemenangan milik kita...Amin...



Jumaat, November 26, 2010

Sabtu, November 13, 2010


& SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SKFK1...JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN--->2011

Jumaat, November 12, 2010

TAHNIAH!!

Syukur alhamdulillah...selesai sudah
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKFK1
2010..
segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan...Terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha gigih untuk menjayakan majlis tersebut dan juga kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis kami..Kerjasama semua pihak amatla dihargai...
TERIMA KASIH DAUN KELADI, TAHUN DEPAN SAMBUT LAGI.....


5A DALAM GENGGAMAN....TAHNIAH!!

KETIBAAN PARA TETAMU...
.


ANTARA TETAMU YANG HADIR...



KAMI DAH 'GRADE'....HARI INI KAMI KONVO...KAMI PULANG DENGAN SIJIL + TOTO...TAHUN DEPAN KAMI DATANG LAGI..

BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS...PERSEMBAHAN TIDAK DILUPAKAN...
Persembahan Pra Sekolah

Persembahan Tahun 6

Persembahan Bahasa Arab - Tahun 4



ANTARA YANG BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN....

CONTOHILAH MEREKA...TOKOH MURID 2010

Aizul Azim Bin Azham

Anisyatul Najwa Binti Ramli


Rabu, November 10, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
11 NOVEMBER 2010
~~TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA
&
TERUSKAN USAHA KEPADA YANG KURANG BERJAYA...~~
P/S : GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA...

Jumaat, Oktober 22, 2010

Rabu, Oktober 20, 2010

PASCA UPSR...


PERTANDINGAN MEMASAK PASCA UPSR 2010

Sebelum.......


Semasa.......





Selepas.......

Akhirnya..........



ALHAMDULILLAH...kenyang........(",)

~~Terima kasih buat semua guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program selepas UPSR pada tahun ini...mudah-mudahan kamu beroleh kecemerlangan di dalam keputusan UPSR nanti~~


AKTIVITI BULAN BAHASA

Persembahan Guru-Guru...
Ustaz Hafizul..
Mrs. DJ
Cikgu Loh..

Pertandingan KOIR...
Kamilah Juara!
Dua buah lagu telah dipertandingkan bagi setiap tahun iaitu lagu BAHASA JIWA BANGSA & lagu patriotik pilihan..Juara disandang oleh wakil murid tahun 3...TAHNIAH!

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak...
Wakil Kelas 4Jaya Ahmad Aiman Abdullah-Wakil Kelas 4Bestari
(Johan)


SYABAS BUAT SEMUA...SALAM 1 BAHASA, 1 BANGSA & 1 NEGARA...



Pengikut

Kami Di Sini...