Itulah tema hari kebangsaan kita pada tahun ini...Bagi menyemarakkan lagi sambutan pada kali ini, SKFK1 juga tidak melepaskan peluang untuk meraikannya pada 2 September 2010. Disamping dapat membantu dalam menyemai semangat cintakan negara pada seluruh warganya...
Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan pada awal pagi ialah nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang..Semua warga SKFK1 begitu bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut....
Guru dan murid-murid menyanyikan lagu..
Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan kemerdekaan tahun ini,pertandingan basikal Jalur Gemilang diadakan. Ianya terbuka kepada semua murid dan mengikut kreativiti masing-masing untuk menghiasnya. Dalam acara ini, kita dapat melihat daya kreativiti yang terpendam dalam diri murid-murid serta memupuk rasa cinta mereka kepada negara.
Antara basikal-basikal yang dipertandingkan...
Selain itu, diadakan juga tayangan filem patriotik ‘Sarjan Hasan’ yang mendapat sambutan hangat dari para penonton terutamanya murid-murid PRA dan Tahun 1. Dimana mereka diberi peluang menjawab soalan spontan yang dikemukakan daripada filem yang ditayangkan.
Asyik..
Sambutan dimeriahkan lagi dengan acara pakaian Jalur Gemilang yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Acara ini terbuka kepada Tahun 2 dan Tahun 3.
Sambutan diserikan lagi dengan pertandingan lagu-lagu patriotik daripada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Antara lagu-lagu yang menjadi pilihan adalah Saya Anak Malaysia, Jalur Gemilang dan Warisan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan