Isnin, Ogos 01, 2011

Kuiz Mutiara FELDA

Kuiz Mutiara FELDA Peringkat Kebangsaan telah diadakan bermula dari 28 hingga 30 Julai 2011. Bertempat di Asrama Sri Semai Bakti FELDA ( ASSBF ) Kuantan, Pahang Darul Makmur. Seramai 12 peserta telah mewakili wilayah Terengganu bagi empat kategori pertandingan. Antara pertandingan yang dijalankana adalah :
  • Spelling Quiz 
  • Kuiz EMAS ( Sekolah Rendah )  
  • Kuiz EMAS ( Sekolah Menengah )
  • Public Speaking   
            EMAS***E=English, M=Mathematics, A=Agama Islam, S=Science
          
  
Para Peserta & Guru Pembimbing 
Ahmad Aiman Bin Abdullah
Wakil SK Felda Kerteh 1- Spelling Quiz
~~Berjaya ke Pertandingan Akhir 
 Nur Azmina Husna Binti Azmi
Wakil SK LKTP Bukit Bading-Spelling Quiz
~~Johan 
 
Nur Syafiqah
Wakil SMK Cheneh-Public Speaking
~~Tempat Ke-4

TAHNIAH pada yang berjaya..dan cuba lagi bagi yang tidak berjaya..

Kalah menang adat pertandingan,
Jadikan iktibar dan juga ukuran.,
Andai diberi masa dan kelapangan,
 Jumpa lagi pada masa hadapan.

FELDA hanya 1 di dunia....;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Kami Di Sini...