MAAF ZAHIR & BATIN....
Rabu, Ogos 24, 2011
Jumaat, Ogos 05, 2011
Selasa, Ogos 02, 2011
Program 40 Hari
Pelancaran Program 40 Hari Menjelang UPSR telah diadakan pada hari ini; 3 Ogos 2011. Bertempat di Kantin SKFK1 pada jam 12.00 tengahari. Semua ibubapa tahun enam dijemput hadir.Bagi menyempurnakan perasmian program ini, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah Dungun; Encik Ibrahim bin Lah. Beliau telah merasmikan program dan menandatangani akujanji UPSR diikuti oleh guru-guru, ibubapa dan murid-murid tahun enam.
Semoga dengan adanya Program 40 Hari ni kecaknaan ibubapa dan guru-guru lebih meningkat dan sekolah dapat menghasilkan lebih ramai murid terbilang di kalangan yang cemerlang. Bahkan murid-murid juga perlu sedar betapa pentingnya kecemerlangan pendidikan bagi masa depan mereka.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan telah bersama-sama menjayakan majlis pelancaran
Program 40 Hari Menjelang UPSR ini.
Isnin, Ogos 01, 2011
(,") Selamat Berpuasa (",)
Kelebihan Sahur & Tamar
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”
-HR Bukhari dan Muslim
Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
Menuruti sunnah;
Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
Menambah kekuatan untuk beribadat;
Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata,
“Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”
-HR Ibnu Hibban & Baihaqi
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
****Diharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...
Selamat Berpuasa buat semua warga SKFK1....(",)****
Kuiz Mutiara FELDA
Kuiz Mutiara FELDA Peringkat Kebangsaan telah diadakan bermula dari 28 hingga 30 Julai 2011. Bertempat di Asrama Sri Semai Bakti FELDA ( ASSBF ) Kuantan, Pahang Darul Makmur. Seramai 12 peserta telah mewakili wilayah Terengganu bagi empat kategori pertandingan. Antara pertandingan yang dijalankana adalah :
- Spelling Quiz
- Kuiz EMAS ( Sekolah Rendah )
- Kuiz EMAS ( Sekolah Menengah )
- Public Speaking
Para Peserta & Guru Pembimbing
Ahmad Aiman Bin Abdullah
Wakil SK Felda Kerteh 1- Spelling Quiz
~~Berjaya ke Pertandingan Akhir
Nur Azmina Husna Binti Azmi
Wakil SK LKTP Bukit Bading-Spelling Quiz
~~Johan
Nur Syafiqah
Wakil SMK Cheneh-Public Speaking
~~Tempat Ke-4
TAHNIAH pada yang berjaya..dan cuba lagi bagi yang tidak berjaya..
Kalah menang adat pertandingan,
Jadikan iktibar dan juga ukuran.,
Andai diberi masa dan kelapangan,
Jumpa lagi pada masa hadapan.
FELDA hanya 1 di dunia....;)
Langgan:
Catatan (Atom)


