* Tadarus Al-Quran ~ waktu rehat sepanjang Ramadhan
* Pertandingan Hafazan ~ 29-30 Julai 2013
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya
tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga
dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”
Ulasan:
Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud: “Semulia-mulia
ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)
bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.“
Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.“
Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.” Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula? Sabda baginda lagi: “Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”
Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda “Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan