Perjumpaan ibu bapa murid tahun 1 hingga tahun 5 telah diadakan pada minggu lepas bersamaan 7 Julai 2011. Ramai ibu bapa yang datang untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa tahun 1 yang pertama kali menghadapi peperiksaan. Ibu bapa yang cakna akan pendidikan anak-anak mereka adalah pemangkin pencapaian dan pembangunan sesebuah sekolah..
Sabda Rasulullah SAW
" Setiap anak yang dilahirkan bagai kain putih, ibubapalah yang akan mencorakkan samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi "
" Setiap anak yang dilahirkan bagai kain putih, ibubapalah yang akan mencorakkan samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi "
Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang dapat menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini. Semoga dengan adanyanya perjumpaan seperti ini kita dapat menyemarakkan lagi semangat dalam diri anak-anak agar lebih berusaha demi kecemerlangan pada masa hadapan. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan